ARTIKEL

Datuk Dr Hazland memukul beduk sebagai simbolik perasmian Bazar Ramadan Stutong.

Bazar Ramadan Stutong unik, dikungjungi pelbagai kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bazar Ramadan Stutong, antara contoh bazar ramdan yang unik di bandar raya ini berdasarkan harga, kualiti pemakanan yang menjadi tarikan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, selain dikunjungi masyarakat muslim yang membeli juadah untuk berbuka malah dikunjungi masyarakat bukan muslim yang lain.

Datuk Dr Hazland berucap pada perasmian Bazar Ramadan Stutong.

“Ia adalah bazar pelbagai bangsa, tidak seperti di tempat-tempat lain.

Di samping itu Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Demak Laut berkata, bazar Ramadan yang lain boleh belajar dari bazar Ramadan Stutong dari segi kualiti pengurusan, kebersihan dan keselamatan makanan yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti pensampelan makanan.

Malah tambahnya, selain rasa makanan yang enak, harga makanan yang dijual juga mampu dibeli pengunjung.

“Selain itu lokasi juga sesuai, mudah untuk mencari tempat letak kereta, luas, mesra pengguna dan sebagainya,” katanya.

Sejumlah 160 gerai disediakan di Bazar Ramadan Stutong yang menjual aneka juadah seperti kuih-muih, minuman termasuk makanan panggang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka