ARTIKEL

Penyediaan 'hanging bin' di sepanjang laluan dari Jambatan Tun Taib ke bulatan berhampiran.

BDA Sedia Tong Sampah Sepanjang Laluan Jambatan Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyediakan enam unit ‘hanging bin’ di sepanjang laluan dari Jambatan Tun Taib hingga ke bulatan berhampiran sebagai sebahagian daripada inisiatif mempertingkatkan tahap kebersihan di kawasan tersebut.

Menurut BDA dalam satu kenyataan, penyediaan kemudahan itu bertujuan untuk memudahkan orang awam membuang sampah secara lebih teratur, sekali gus memastikan persekitaran bandar di Bintulu sentiasa bersih, selesa dan indah untuk dinikmati oleh warga tempatan serta pengunjung.

Sehubungan itu, BDA menyeru kerjasama semua pihak agar bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran dengan menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, orang awam digalakkan menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan isu kebersihan atau perlakuan tidak bertanggungjawab melalui saluran rasmi yang disediakan.

Aduan boleh disalurkan melalui platform Talikhidmat Sarawak di https://talikhidmat.sarawqk.gov.my atau melalui WhatsApp BDA Hotline di talian 013-8362277 (https://wa.link/sxrdck).

Penyediaan ‘hanging bin’ di sepanjang laluan dari Jambatan Tun Taib ke bulatan berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke