BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) semalam menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,000,000.00 bagi tahun kewangan berakhir 2024 kepada Tabung Baitulmal Sarawak.
Majlis penyerahan ringkas diadakan di Wisma Bapa, Petra Jaya, dekat Kuching, dengan kehadiran wakil kedua-dua pihak. Penyerahan simbolik disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
BDA diwakili oleh Pengurus Besarnya, Datuk Muhammad Yakup Kari, bersama Timbalan Pengerusi BDA, Datuk Haidar Khan Asghar Khan, dan Setiausaha BDA, Wan Ibrahim Wan Ali, serta beberapa pegawai kanan BDA.
Tabung Baitulmal Sarawak diwakili oleh Pengurus Besarnya, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, bersama pegawai kanan organisasi tersebut.



