ARTIKEL

PEMAIN BETONG, barisan kesebelasan utama.

BDFA BUAT PERANCANGAN AWAL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) akan membuat persiapan awal untuk membentuk pasukan bagi menghadapi kempen Liga Premier Sarawak 2026.

Presiden BDFA, Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, keperluan membentuk pasukan bagi tujuan tersebut melangkaui jangka masa biasa adalah penting bagi memastikan skuad nanti benar-benar mantap.

“Kita akan membuat persiapan dan persediaan yang lebih rapi bagi menghadapi kempen Liga Premier Sarawak 2026.

“Fokus kami (BDFA) adalah untuk memastikan skuad berwajah baharu itu mantap di setiap posisi,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, penampilan skuad musim ini mendedahkan beberapa kelemahan.

Justeru, tegas Abang Suhordie, banyak perkara perlu diperbaiki oleh pihaknya merangkumi pelbagai aspek.

“Hasil bedah siasat terhadap pasukan Betong selepas tamat saingan peringkat Zon Selatan mendapati terdapat kelemahan yang perlu diberi perhatian,” tambahnya.

Pasukan Betong menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Selatan di tangga keenam, dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri daripada 12 perlawanan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU