ARTIKEL

Beban kewangan bersih 1MDB dianggar RM20.1 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Baki beban kewangan bersih yang ditanggung kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dianggarkan RM20.1 bilion selepas ditolak pemulihan dana dan aset RM31.3 bilion, dengan andaian tiada pemulihan tambahan pada masa depan.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan jumlah keseluruhan obligasi kewangan kerajaan berkaitan 1MDB ialah RM51.4 bilion setelah mengambil kira bayaran yang dibuat dan baki komitmen yang belum dijelaskan.

Sejak mengambil alih tanggungan hutang dan komitmen kewangan syarikat itu pada April 2017, kerajaan telah menjelaskan RM42.5 bilion, merangkumi prinsipal RM27.7 bilion serta faedah dan komitmen lain RM14.8 bilion.

Selain itu, baki komitmen sukuk Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dijamin kerajaan berjumlah RM8.9 bilion, terdiri daripada prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion sehingga tempoh matang pada 2039.

Dalam jawapan bertulis kepada Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) di laman sesawang Parlimen, MoF menegaskan kerajaan kekal komited meneruskan tuntutan sivil dan pemulihan aset melalui saluran undang-undang, kerana hukuman jenayah atau pengampunan tidak dengan sendirinya menamatkan tuntutan itu seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Suntikan RM1.4 juta

KUCHING: Projek naik taraf Terminal Penumpang Bako bernilai RM1.4 juta kini mencapai kemajuan 38 peratus, mendahului jadual pelaksanaan sebanyak 8.7 peratus. Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak,

BERITA TERBARU