ARTIKEL

Warga emas 69 tahun cedera bahu diserang remaja 13 tahun di Kanowit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Seorang warga emas berusia 69 tahun mengalami kecederaan pada bahu kiri selepas dilaporkan diserang dengan sebilah pisau oleh seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di sebuah tandas awam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Kanowit.

Menurutnya, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.29 petang.

“Hasil maklumat awal mendapati seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian mencederakan mangsa menggunakan sebilah pisau,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian serta mengumpul keterangan dan bukti berkaitan.

Katanya, siasatan turut memberi tumpuan kepada usaha menentukan punca kejadian bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Junical turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan serta menghormati proses siasatan.

BERITA LAIN

Dua pelajar berani bantu guru cedera

KUCHING: Dua pelajar sebuah sekolah swasta di sini menunjukkan keberanian apabila tampil membantu seorang guru wanita yang cedera ketika cuba merampas objek tajam daripada seorang

BERITA TERBARU