ISTANBUL: Indonesia merekodkan sebanyak 333,470 kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) yang berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah negara itu.
Pengarah Kesihatan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia, Then Suyanti memaklumkan bahawa sebanyak 4,522 kes baharu dilaporkan setiap hari dengan kualiti udara kini mencecah tahap berbahaya di enam wilayah terjejas.
Menurut beliau, pendedahan kepada asap tebal yang mengandungi zarah berbahaya seperti PM2.5 bukan sahaja mengancam sistem pernafasan malahan berisiko menyebabkan kerengsaan mata serta kulit penduduk.
Susulan krisis berkenaan, Presiden Indonesia Prabowo Subianto memberi amaran bahawa permit operasi syarikat sokongan asing yang terbukti bertanggungjawab terhadap insiden kebakaran berulang bakal dibatalkan dan konsesi tersebut boleh diserahkan kepada golongan muda tempatan.
Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan di Samarinda mendesak kerajaan mengisytiharkan situasi kebakaran terbabit sebagai bencana nasional ketika negara itu berdepan musim kemarau berpanjangan serta fenomena El Nino seperti dilapor Bernama.





