ARTIKEL

MCMC gesa orang ramai henti sebar video insiden sekolah di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai, termasuk pengamal media, supaya tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan rakaman video insiden melibatkan senjata berbahaya di sebuah sekolah di Kuching.

Menurut MCMC, penyebaran rakaman yang memaparkan unsur keganasan, khususnya melibatkan kanak-kanak, boleh menjejaskan privasi, maruah dan kesejahteraan emosi pihak terlibat serta keluarga mereka.

“Tindakan mendedahkan identiti kanak-kanak boleh melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611],” tegas MCMC dalam satu kenyataan media.

Suruhanjaya itu menambah, penyebaran kandungan sedemikian juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] sekiranya melanggar peruntukan undang-undang berkenaan.

MCMC memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan penyedia platform media sosial untuk menangani penyebaran rakaman tersebut, termasuk mengambil langkah menurunkan kandungan berkaitan.

“Individu yang telah memuat naik atau berkongsi rakaman tersebut hendaklah segera memadamkannya,” katanya.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi melindungi privasi kanak-kanak serta mengelakkan gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa.

BERITA LAIN

Dua pelajar berani bantu guru cedera

KUCHING: Dua pelajar sebuah sekolah swasta di sini menunjukkan keberanian apabila tampil membantu seorang guru wanita yang cedera ketika cuba merampas objek tajam daripada seorang

BERITA TERBARU

Sarawak nuju ekonomi berega tinggi

KUCHING: Sarawak nyelinting pansut ari perekuh penatai pemisi jelen lalu nguing ngagai ekonomi berega tinggi ti disungkak inovasyen teknologi, pansik enggau pemansang penau. Premier Sarawak,