Pelakon Marshanda dengan gembiranya mengakui, perjuangannya melawan kanser kini selesai.
Dia kini sepenuhnya pulih daripada kanser payudara.
Bukan sekadar rawatan moden, Marshanda turut mendapatkan perubatan alternatif selepas menjalani pembedahan.
Demi meraikan kesihatan dan memenuhi permintaan anak tunggalnya, Sienna Kasyafani, Marshanda bersedia menempah tiket menonton konsert Taylor Swift di Singapura pada Mac 2024.



