ARTIKEL

Peta jalan yang akan ditutup pada 31 Disember nanti sempena Program Kira Detik 2025 di Tebingan Kuching.

Beberapa jalan di sekitar Kuching ditutup pada 31 Disember

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa jalan akan ditutup pada 31 Disember nanti sempena ‘Program Kira Detik 2025’ di Tebingan Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, penutupan jalan itu bagi melancarkan perjalanan program dan aliran trafik.

Jalan-jalan terbabit ialah Jalan Main Bazaar dari arah Jalan Lebuh Wayang, Jalan Gambier dari arah Jalan Market dan Jalan Gambier dari arah Jalan Lebuh Java yang akan ditutup dari jam 8 pagi sehingga 1 pagi.

Manakala Jalan Lebuh Java dari arah Jalan Market, susur masuk ke Jalan Wawasan dari Jalan Tun Abang Haji Openg dan lampu isyarat Jalan Wawasan, susur Wisma Pelita ke Jalan Lebuh Wayang, susur Jalan Mcdougal ke Jalan Lebuh Wayang, lampu isyarat St. Mary dari arah Jalan Tabuan menghala ke Jalan Lebuh Wayang akan ditutup dari 4 petang hingga 1 pagi.

“Orang ramai yang datang dimohon tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah