ARTIKEL

Beberapa jalan di sekitar Stadium Sarawak bakal ditutup bermula jam 3 petang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa jalan di sekitar Stadium Sarawak bakal ditutup sempena penutupan Sukma XXI Sarawak 2024 yang bakal diadakan di stadium itu pada 24 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya bakal melaksanakan penutupan jalan bermula jam 3 petang bagi melancarkan pergerakan aliran trafik.

“Antara kawasan terlibat adalah bulatan Kesuma Resort; persimpangan Sumber Alam ke Stadium Perpaduan; simpang masuk ke Stadium Perpaduan dari Jalan Stadium di hadapan dan belakang; serta simpang masuk ke Stadium Perpaduan dari Jalan Diplomatik berhadapan pusat Akuatik.

“Jalan seterusnya adalah, jalan masuk Pusat Akuatik Pandalela Renong 1; jalan masuk Pusat Akuatik Pandalela Renong 2; Padang Gasing; Jalan diplomatik (squash centre); lorong masuk ke tempat letak bas sebelah stadium; serta Jalan Stadium (ring) / simpang letak kenderaan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu kata Farhan, orang ramai yang ingin hadir dinasihatkan supaya menggunakan laluan berikut untuk ke tempat letak kenderaan awam yang telah dikhaskan.

Katanya, antara jalan itu adalah pengunjung dari arah bulatan Sesco dinasihatkan membuat pusingan U di bulatan Casuarina kemudian melalui jalan itu masuk ke simpang Jalan Stadium (ring).

“Kenderaan yang melalui Jalan Diplomatik boleh terus masuk ke kawasan tempat letak kenderaan di tempat letak kereta di belakang stadium sarawak.

“Seterusnya untuk laluan keluar orang ramai dari kawasan stadium, kenderaan dari tempat letak kenderaan Stadium Sarawak, dinasihatkan keluar menggunakan Jalan Diplomatik menghala ke Demak.

“Bagi kenderaan dari Jalan Stadium (ring) dinasihatkan keluar melalui Jalan Stadium (ring) menghala ke Jalan Casuarina,” ujarnya.

Sehubungan itu, Farhan memohon kerjasama orang ramai yang datang agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.

Sebarang pertanyaan lanjut katanya, boleh menghubungi Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

LALUAN… Laluan keluar dan masuk pengunjung.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha