ARTIKEL

Beduk sahur penyeri Ramadan Kampung Seberang Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Bahang Ramadan makin terasa apabila umat Islam melakukan pelbagai persiapan menjelang ketibaan bulan mulia itu.

Sehubungan itu, belia Kampung Seberang juga tidak mahu ketinggalan meraikan sambutan Ramadan dengan menganjurkan program beduk sahur.

Pengerusinya, Allif Omar Yunus berkata, program yang julung-julung kalinya diadakan itu dijangka melibatkan penyertaan lebih 100 belia setempat.

“Program ini melibatkan kerjasama antara usahawan belia Sarikei dan ahli jawatankuasa Masjid Ar-Rahmah.

“Apa yang menarik, kita akan memalu tong sambil berarak sekeliling kampung untuk membangunkan penduduk supaya bersahur,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Allif berkata, program unik itu diadakan pada setiap Sabtu sebanyak empat kali sepanjang sambutan Ramadan.

Selain mendapat sokongan jawatankuasa masjid katanya, kejayaan program turut dibantu Muhammad’s Barber Shop, Dayang Koleksi, Big Boss Burger, Stall Simpang Tiga, DJ Decade, Ajeed Soundsystem, Charma Buskers dan The Village Ice Blanded.

“Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha kita untuk menyemai semangat kerjasama dalam kalangan belia di samping menyerikan lagi sambutan Ramadan.

“Pada masa yang sama, kita mahu menghidupkan semula budaya tradisi yang semakin dilupakan oleh generasi muda hari ini.

“Suatu ketika dahulu, paluan beduk atau gendang pernah menjadi ‘penggera utama’ untuk bangun bersahur,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan