ARTIKEL

BEFR pacu ekonomi pelancongan digital hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENGUTAMAKAN keselesaan dan keselamatan pelanggan, Borneo Empurau Farm & Resort (BEFR) muncul sebagai destinasi pelancongan serba lengkap yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan teknologi moden.

Terletak dalam suasana yang tenang dan dikelilingi kehijauan, resort ini bukan sekadar destinasi percutian.

Ia menjadi contoh bagaimana inovasi teknologi dapat digabung secara harmoni dengan alam sekitar demi memberikan pengalaman terbaik kepada pengunjung.

Salah seorang pengarah BEFR, Abdullah Jawawi, 49, bertanggungjawab terhadap aspek teknikal, komunikasi digital dan pengurusan acara.

Menurutnya, sehingga kini hampir 70 peratus kawasan resort dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Walaupun BEFR menyediakan pasukan penyelamat dan pegawai keselamatan yang sentiasa memantau pergerakan pengunjung, CCTV tetap memainkan peranan penting sebagai media rakaman yang berguna sekiranya berlaku sebarang insiden.

Langkah ini merupakan usaha yang berkesan untuk memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengunjung sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Sejak awal dibuka kepada orang ramai, BEFR menyediakan kemudahan Internet melalui langganan perkhidmatan satelit Starlink.

Namun begitu, kekangan kuota data ketika itu menyukarkan penyediaan akses Internet yang meluas kepada pengunjung.

Masalah tersebut kini berjaya diatasi dengan sokongan enam talian TM Unifi berkelajuan 2 Gbps, sekali gus membolehkan memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengunjung sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Sejak awal dibuka kepada orang ramai, BEFR menyediakan kemudahan Internet melalui langganan perkhidmatan satelit Starlink.

Namun begitu, kekangan kuota data ketika itu menyukarkan penyediaan akses Internet yang meluas kepada pengunjung.

Masalah tersebut kini berjaya diatasi dengan sokongan enam talian TM Unifi berkelajuan 2 Gbps, sekali gus membolehkan  pengunjung menikmati akses WiFi percuma sepanjang berada di resort.

Abdullah menegaskan, dalam dunia komunikasi digital kini, Internet merupakan jalur utama yang menghubungkan pengguna di alam maya. Oleh itu, beliau memastikan talian Internet berada dalam keadaan optimum sepanjang masa.

Dalam bidang pengurusan media sosial, BEFR bergerak aktif di platform popular seperti Facebook dan TikTok.

Menurut Abdullah, hampir 75 peratus strategi pemasaran resort dilaksanakan melalui media sosial, termasuk khidmat pempengaruh.

Setiap aktiviti, promosi dan maklumat terkini dimuat naik secara konsisten bagi memastikan hubungan aktif antara resort dengan pengikutnya sentiasa terjalin.

Sambungan Internet yang stabil dan pantas memudahkan segala urusan berkaitan pemuatan naik dan turun bahan media. inat Abdullah dalam bidang fotografi, videografi dan sistem audio turut memberikan kelebihan dalam membantu operasi harian resort.

Dengan latar belakang dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), beliau mengurus pelbagai tugasan teknikal sejak fasa awal penubuhan resort, ketika beliau masih melaksanakan kebanyakan tugasan secara bersendirian sebelum pengambilan kakitangan tambahan.

Selain itu, beliau pernah terlibat secara aktif dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia.

Kini, beliau merancang untuk melaksanakan latihan dalaman kepada kakitangan resort bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta kefahaman mereka mengenai operasi resort.

Antara pendekatan kreatif yang digunakan dalam mempromosikan resort ialah penganjuran pertandingan  video ‘Pelanggan Terbaik’ secara bulanan melalui media sosial.

Pemenang akan menerima hadiah berupa penginapan percuma dan akses penuh ke taman tema air.

Strategi ini terbukti berkesan apabila resort berjaya meningkatkan jumlah pengikut serta menarik lebih ramai pengunjung.

Semasa musim perayaan seperti Hari Gawai, resort ini pernah menerima lebih 4,000 pelawat dalam sehari.

BEFR turut menawarkan pelbagai kemudahan utama seperti taman tema air, taman haiwan, kolam koi dan laluan lawatan berbumbung demi memastikan keselesaan pengunjung dalam semua keadaan cuaca.

Pelbagai jenis penginapan disediakan bagi memenuhi keperluan pelawat, antaranya rumah moden, rumah panjang (longhouse) dan chalet.

Walaupun masih dalam fasa pembangunan, usaha promosi berterusan berjaya menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa.

Sementara itu, Eksekutif Operasi Kanan, Abu Bakar Yusuf, 39, menyatakan bahawa resort ini sentiasa bersedia menerima kunjungan pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi tanpa mengabaikan kemudahan moden.

Resort ini menawarkan tiga jenis penginapan, iaitu rumah moden dengan kadar RM500 semalam untuk lima orang, bilik rumah panjang pada harga RM400 semalam untuk lapan orang dan bilik klasik dengan kadar RM350 semalam untuk dua orang.

Penginap dikenakan bayaran masuk RM25 seorang.

Bagi lawatan harian, bayaran masuk RM45 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak, warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU). Akses ke taman tema air dikenakan bayaran tambahan RM15.

Pakej untuk kumpulan dan keluarga turut ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Selain penginapan, BEFR juga menyediakan kemudahan dewan pelbagai jenis acara seperti majlis perkahwinan, seminar dan program korporat.

Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk Grand Ballroom (RM10,000), Training Room (RM1,500) serta beberapa dewan terbuka seperti Lake View Hall, Barbecue Hall dan Mountain View Hall dengan kadar sewaan antara RM500 hingga RM2,000, bergantung pada keperluan.

Secara keseluruhannya, BEFR bukan sekadar sebuah tempat percutian, malah menjadi lambang keseimbangan antara alam semula jadi, teknologi, dengan hospitaliti moden.

Dengan suasana yang mendamaikan, pelbagai pakej menarik serta kemudahan lengkap untuk semua jenis pengunjung, BEFR berjaya meletakkan dirinya sebagai destinasi pelancongan pilihan utama di rantau ini.

BERITA LAIN

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Satu panggilan, simpanan lesap

BAYANGKAN satu panggilan telefon yang kedengaran begitu meyakinkan apabila suara di hujung talian memperkenalkan diri sebagai pegawai bank, polis atau agensi kerajaan. Nada percakapannya tegas,

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah