ARTIKEL

Tun Wan Junaidi (duduk tiga kiri) serta isteri semasa mengadakan kunjungan ke kediaman Rosey Yunus (dua kiri).

Bejarah Raya Aidilfitri di Miri meriah bersama Yang di-Pertua Negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Miri begitu istimewa pada tahun ini apabila menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Kunjungan tersebut merupakan yang pertama kali diadakan untuk meraikan perayaan tersebut bersama masyarakat sejak pelantikannya pada Januari lalu.

Wan Junaidi (duduk lima kiri) serta isteri merakam kenangan bersama tetamu-tetamu kehormat lain semasa mengadakan kunjungan ke rumah terbuka Lukanisman (empat kiri).

Dalam Program Bejarah Raya Yang di-Pertua Negeri dan isteri yang berlangsung pada enam Syawal hari ini, mereka telah membuat kunjungan ke kediaman beberapa wakil rakyat dan ketua masyarakat di Miri.

Kunjungan tersebut bermula di kediaman Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Miri, Temenggong Datuk Abdul Rahman Abang Fadzail, di Piasau Jaya Fasa 1 dan seterusnya ke kediaman Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni di Jalan Sim Kheng Hong, Jalan Bakam.

Ketibaan Wan Junaidi (tengah) serta isteri di kediaman Ripin Lamat (dua kiri).

Selepas itu, pasangan tersebut menuju ke kediaman Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat.

Dalam kunjungan tersebut, kedatangan mereka telah disambut dengan persembahan daripada kumpulan tarian GahRentak, diikuti jamuan makan tengah hari.

Pada 2.30 petang, Tun Wan Junaidi dan rombongan meneruskan kunjungan ke kediaman Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus, di Taman Bumiko.

Ketibaan mereka disambut meriah dengan persembahan daripada Kumpulan Hadrah Masjid An Nur Kampung Pujut Tanjung Batu, serta persembahan pencak silat dari Perguruan Selendang Maut.

Dalam rangka Program Bejarah Raya ini, Tun Wan Junaidi serta isteri turut meluangkan waktu bersama sanak saudara mereka yang berada di Miri pada sebelah petang sebelum menghadiri Program Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu, Miri malam ini.

Turut serta mengiringi beliau dan isteri ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin serta Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU