Bekalan air bersih menyeluruh menjelang 2030

KUCHING: Sebanyak 87 peratus kawasan luar bandar di Sarawak menerima bekalan air bersih setakat ini, kata Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Bagaimanapun katanya, bagi kawasan yang belum menerima bekalan air bersih, projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (Sawas) membantu melengkapi usaha tersebut sementara menunggu siapnya jalan akses.

“Selepas adanya jalan akses ini, kita boleh memulakan kerja pemasangan paip dan sebagainya di sepanjang jalan untuk membolehkan air bersih dibekalkan terus kepada penduduk. “Semua ini adalah dalam perancangan pelan induk grid sistem air dan dilaksanakan secara berperingkat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Hari Integriti, Pra Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi Lembaga Air Kuching (KWB) dan Pelancaran Hari Air Sedunia 2021 Peringkat Negeri Sarawak di sini, semalam.

Rundi menambah, kementeriannya mempunyai perancangan teliti berkenaan dengan pengurusan air di Sarawak.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 23 Mac 2021

Suara Sarawak