Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan bawang tidak akan terjejas susulan kerajaan India mengeluarkan larangan eksport bawang bermula semalam.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya membuat persiapan sekiranya berlakunya perkara sebegini.
“Saya belum mendapat pengesahan rasmi, namun saya jamin tidak akan berlaku kekurangan bekalan bawang di negara ini.
“Bekalan (bawang) ada sahaja kerana kita turut import dari China, Thailand dan Pakistan serta beberapa negara lain,” katanya.



