SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) memaklumkan bahawa pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Tertutup Sibu pada hari ini ditangguhkan.
Dalam satu kenyataannya sebentar tadi (Selasa), jurucakapnya berkata, ia ditangguhkan ke tarikh yang
akan diumumkan kemudian melalui aplikasi MySejahtera.
Penangguhan ini, jelasnya, disebabkan pusat tersebut belum menerima bekalan vaksin.
“Kepada orang awam yang telah mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin sama ada melalui kaunter Klinik Kesihatan berdekatan atau melalui Pejabat Daerah/Ketua Komuniti atau melalui MySejahtera, tarikh temujanji akan ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera untuk Fasa II dan Fasa III,” ujar jurucakapnya.



