Bekalan ikan segar cukup

MUKAH: Bekalan ikan segar di sini dijangka mencukupi sempena musim perayaan Krismas dan Tahun
Baharu Cina.

Walaupun musim tengkujuh melanda, nelayan di pekan ini tetap turun ke laut dan menangkap ikan menggunakan cara mengebat dengan perahu bahoung yang bersaiz besar malah meneruskan rutin seperti biasa.

Cara ini boleh menjamin bekalan ikan di Pasar Mukah mencukupi walaupun permintaan tinggi pada musim perayaan.

Peraih ikan Sol Shamsul ketika ditemui Suara Sarawak berkata, bekalan ikan di Mukah masih banyak.

Katanya, ini disebabkan nelayan menangkap ikan menggunakan mengebat dan bahoung. “Nelayan yang menggunakan cara ini selalunya memperoleh ikan bersaiz besar seperti tenggiri dan tongkol.

“Manakala harga ikan masih kekal dan tidak mahal. Malah jumlah simpanan ikan pun banyak,”
katanya. – RAHIMI RAHIM

Suara Sarawak