ARTIKEL

Bekalan makanan China mencukupi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: China terus mengukuhkan keterjaminan makanan negara sekali gus mengoptimumkan lagi struktur stok simpanan bijirin bagi memastikan bekalan domestik sentiasa mencukupi.

Ketua Pentadbiran Rizab Strategik dan Makanan Kebangsaan (NFSRA), Cong Liang, berkata prestasi pengeluaran bijirin di seluruh negara ketika ini kekal mapan.

“Kadar sara diri bagi setiap makanan ruji melepasi 100 peratus, manakala jumlah pemilikan bijirin per kapita sebanyak 483 kilogram (kg), lebih tinggi daripada paras keselamatan makanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu 400 kg,” kata Cong.

Menurut beliau, rizab bijirin serta minyak yang siap diproses di 36 bandar besar dan sederhana boleh bertahan sekurang-kurangnya selama 15 hari.

“Pembelian bijirin purata tahunan di China adalah sebanyak 400 bilion kg dan ia turut memberi jaminan terhadap pulangan pengusaha ladang,” kata Cong semasa sesi taklimat di sini, pada Khamis.

Di samping itu, China terus meningkatkan tahap pemodenan penggudangan bijirin serta perkhidmatan logistik.

“Sektor penggudangan bijirin kini berkelas dunia dengan kapasiti hampir 700 juta tan, sementara rangkaian logistik berkenaan juga semakin lengkap,” tambah beliau. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU