ARTIKEL

Dr Fuziah ketika ditemui pemberita pada tinjauan pematuhan larangan jual minyak masak peket 1kg kepada bukan warganegara di Pasar Raya Emart Matang, di sini hari ini. FOTO: GHAZALI BUJANG

Bekalan Minyak Masak, Barangan Asas Negara Mencukupi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekalan minyak masak dan barangan keperluan asas di negara ini dijamin mencukupi walaupun konflik di Asia Barat menimbulkan kebimbangan dalam pasaran global, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata, kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan harga tidak naik secara mendadak susulan ketegangan geopolitik itu.

“Kita akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sekiranya terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Walaupun kos pengangkutan meningkat, ia tidak bermakna harga boleh dinaikkan sesuka hati,” katanya ketika ditemui pemberita pada tinjauan pematuhan larangan jual minyak masak peket 1kg kepada bukan warganegara di Pasar Raya Emart Matang, di sini hari ini.

Tambah beliau, setakat ini, kementerian belum menerima sebarang aduan berkaitan kenaikan harga luar biasa.

“Bahkan, pemborong dan peruncit dilaporkan mempunyai stok mencukupi untuk kira-kira dua bulan.

“Kita akan terus memantau supaya pengguna tidak terbeban,” ujarnya.

Terdahulu, ketegangan di Asia Barat memuncak sejak 28 Februari lalu apabila Israel dan AS melancarkan serangan ke atas Iran yang kemudian dicetuskan serangan balas Tehran dengan kepentingan AS di negara Teluk.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kestabilan laluan perdagangan global, khususnya Selat Hormuz – laluan sempit di antara Iran dengan Oman yang menjadi salah satu laluan perkapalan paling penting dunia bagi penghantaran minyak dan gas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU