KUCHING: Seorang bekas Ahli Parlimen dari Sarawak, dijangka dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu bagi menggantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut sumber, tokoh tersebut dikatakan telah menerima surat pelantikan, namun meminta menunggu pengumuman rasmi pada 19 Februari ini.
Beliau merupakan tokoh yang amat dikenali dan juga daripada latar belakang pengamal undang-undang.
Malah, beliau pernah menjadi Ahli Parlimen bagi sebuah kawasan di Sarawak untuk dua penggal sekitar 1982 sehingga 1990.
Pada 26 Januari lalu, Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.
Susulan itu, kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara akan diumumkan sebelum sidang Dewan Negara yang bermula 18 Mac ini.



