ARTIKEL

Bekas bintang Ngap Sayot turun padang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEKAS bintang Ngap Sayot (1988/89), Daud Hamid dan Sulaiman Mustanir, antara peserta yang menyertai Bengkel/Klinik Jurulatih Bola Sepak anjuran Kelab Kuching City FC (KCFC) di Padang Sourabaya selama dua hari.

Daud dan Sulaiman merupakan anggota pasukan Sarawak yang mara ke separuh akhir Piala Malaysia 1988.

Turut serta ialah bekas bintang pertahanan skuad Bujang Senang, Zaidel Sakup yang membantu Sarawak ke final Piala Malaysia 1999.

Ia dikendalikan oleh Pengarah Teknikal KCFC, Wan Jamak Wan Hassan, yang juga bekas jurulatih Malaysia yang berasal dari Johor.

Menurut Pengerusi KCFC), Fazzrudin Abdul Rahman, program tersebut bertujuan untuk mengembangkan kemahiran tenaga jurulatih di negeri ini.

“Kita mahu melahirkan ramai jurulatih yang berilmu di Sarawak.

“Jadi program ini berperanan memberi pendedahan yang cukup baik kepada barisan jurulatih tempatan di negeri ini,” ujar Fazzrudin.

Program dua hari itu (29 & 30 Mac) yang disertai lebih 20 peserta terdiri daripada jurulatih pelbagai kelab serta bekas pemain Sarawak.

Program ini, dilihat berupaya meningkatkan ilmu peserta dalam mengendalikan latihan pasukan.

“Oleh itu, lantik Wan Jamak yang cukup berpengalaman sebagai Pengarah Teknikal, dan kita berharap, objektif program akan tercapai.

“Kami juga akan mewujudkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) untuk menganjurkan kursus jurulatih Kelas C, B dan A tahun ini,” jelas Fazzrudin.

Wan Jamak merupakan tenaga pengajar bertauliah untuk menganjurkan kursus-kursus berkenaan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan