ARTIKEL

TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Sesyen Sri Aman, semalam.

Bekas Juruwang Bank Didakwa Curi Wang Pelanggan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Bekas juruwang bank tempatan di sini didakwa di Mahkamah Sesyen Sri Aman hari ini kerana terlibat dalam enam pertuduhan mengambil wang baki pembuka akaun bank pelanggan dari Mei hingga November tahun lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farhan Mohd Pauzi di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara antara setahun hingga 14 tahun, sebat serta denda.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 38 tahun itu dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes praperbicaraan pada 27 Julai depan.

Menurut fakta kes, melalui pertuduhan pertama, tertuduh dikesan mengambil wang baki pembuka akaun bank sebanyak RM130 milik seorang lelaki berusia 51 tahun pada 20 Mei 2024.

Kali kedua tertuduh melakukan kesalahan sama pada 24 Mei 2024 dengan mengambil RM80 daripada lelaki berusia 56 tahun.

Selepas itu, pada 31 Mei 2024, tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan sama dengan mengambil RM80 daripada seorang wanita berusia 22 tahun.

Kali keempat berulang membabitkan mangsa berusia 56 tahun di mana tertuduh mengambil wang baki pembuka akaun bank sebanyak RM130.

Dua kesalahan sama dilakukan tertuduh pada 5 Oktober dan 5 November 2024 masing-masing dengan nilai RM30 membabitkan mangsa wanita 28 tahun dan lelaki 30 tahun.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha