ARTIKEL

Bekas ketua hakim negara dilantik Perdana Menteri baharu Nepal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Seorang bekas ketua hakim Mahkamah Agung dilantik sebagai perdana menteri baharu Nepal ketika negara berpenduduk 30 juta itu berusaha kembali normal selepas berhari-hari dilanda tunjuk perasaan antikerajaan yang bertukar ganas.

Sushila Karki, 73, dilantik sebagai perdana menteri interim pada Jumaat oleh Presiden Ram Chandra Poudel setelah beliau diterima oleh gerakan tunjuk perasaan yang dipimpin anak muda.

Pada 2016, Karki mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ketua hakim negara dalam sejarah Nepal.

Ibu negara Kathmandu menyaksikan kebakaran besar dan vandalisme sejak beberapa hari lalu apabila tunjuk perasaan bertukar ganas pada Isnin, dengan kira-kira 20 penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan polis.

Khadga Prasad Sharma Oli meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Selasa susulan keganasan itu. — Bernama

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU