ARTIKEL

Bekas Ketua Pengarah DBP Firdaus Abdullah meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Dewan dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Firdaus Abdullah, 79, yang juga dikenali sebagai seorang penulis dan penyajak, meninggal dunia hari ini.

DBP memaklumkan perkhabaran itu menerusi Facebook rasminya dan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga di atas pemergian Allahyarham.

“Warga Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Berbahagia Datuk Dr Firdaus bin Abdullah (Mantan Ketua Pengarah DBP) yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 April 2024 bersamaan 2 Syawal 1445.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” menurut hantaran itu.

Sepanjang menjadi tokoh bahasa, Firdaus dikenali dengan beberapa karya antara kumpulan puisi ‘Prisma Mimpi’ (1985), kumpulan puisi kanak-kanak ‘Puisi Amira dan Falahi’ (1986), selain kebanyakan puisi ecerannya tersiar dalam antologi puisi dan terbitan berkala.
 
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Methodist Sentul, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Sastera Kewartawanan dan Sains Politik di Northern Illinois University di Amerika Syarikat (AS), pada 1969.

Allahyarham juga mempunyai Sarjana dalam Komunikasi dan Hubungan Antarabangsa dari Ohio University dan Sarjana dalam Falsafah dan Perbandingan Politik dan PhD Sains Politik dari Columbia University, AS.

Dalam kerjaya pula, beliau bermula sebagai Penolong Pensyarah (Sementara), Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib-Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya pada 1998 hingga 2001.

Di sektor swasta, beliau berkhidmat sebagai wartawan Berita Harian dan News Straits Times dan Pengerusi Eksekutif Utusan Karya Sdn Bhd, manakala dalam bidang politik, beliau pernah dilantik sebanyak dua kali sebagai Senator bermula pada 2009. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah