ARTIKEL

Penternak Dr Saedah Ali, 59, memantau keadaan biri-biri yang diternak ketika ditemui Bernama di Kampung Alor Pulai, Jelawat baru-baru ini.

Bekas pakar bius jantung cari ketenangan dengan ternak kambing dan biri-biri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Bekas pakar bius jantung Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Saedah Ali kini menemukan ketenangan baharu dalam bidang penternakan biri-biri dan kambing selepas puluhan tahun berkhidmat dalam dunia perubatan.

Beliau mula menceburi bidang penternakan pada 2018 selepas melihat tanah pusaka keluarganya terbiar sebelum mengambil keputusan membangunkan ladang ternakan sebagai aktiviti sampingan menjelang persaraan pilihan pada 2022.

Bermula dengan lapan ekor kambing, ladang yang diusahakan kini memiliki kira-kira 250 biri-biri baka Dorper dan 90 kambing jenis Boer serta kacukan Boer dengan penggunaan makanan semula jadi seperti rumput Napier dan silaj bagi mengurangkan kos operasi seperti dipetik dari Bernama.

Menurut Dr. Saedah, bidang penternakan bukan sahaja menjadi terapi bagi mengurangkan tekanan kerja, malah turut membantu komuniti setempat menerusi peluang pekerjaan kepada banduan parol serta menjadi pusat latihan pelajar institusi pendidikan.

Beliau bagaimanapun mengakui industri penternakan tempatan kini berdepan cabaran termasuk lambakan ternakan import murah, kenaikan kos dedak dan faktor cuaca, selain berharap kerajaan dapat memperkukuh perlindungan terhadap industri ternakan tempatan.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU