ARTIKEL

Dalam kenangan: Allahyarham Datuk Sudarsono.

Bekas Presiden FAS Sudarsono Osman meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dunia sukan bola sepak Sarawak kehilangan pemimpin berkarisma tinggi dengan pemergian bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di salah sebuah hospital swasta petang tadi.

Difahamkan, Allahyarham tiba-tiba rebah ketika berjoging dan dibantu orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dihantar untuk menerima rawatan di hospital swasta berkenaan.

Untuk rekod, Allahyarham Sudarsono Osman pernah menerajui kepimpinan FAS selama tiga penggal bermula pada 2010 hingga 2016.

BERITA LAIN

Gempa bumi 5.7 magnitud landa Flores, Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda rantau Flores, Indonesia pada 12.41 tengah hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku

BERITA TERBARU