ARTIKEL

Gempa bumi 5.7 magnitud landa Flores, Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda rantau Flores, Indonesia pada 12.41 tengah hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 8.3 darjah Selatan dan 120.6 darjah Timur, kira-kira 209 kilometer ke timur Bima, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.

Penilaian awal MetMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU