ARTIKEL

DAP tanding Batu Lintang, Padungan dan empat lagi kerusi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13, selain lima lagi kerusi di kawasan Kuching.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook semalam, susulan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Calon parti itu yang berlangsung semalam untuk memutuskan kerusi yang akan ditandingi.

Lima kerusi lain ialah Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang dan Batu Kawa.

Beliau berkata, mesyuarat jawatankuasa berkenaan sudah selesai dan pengumuman calon bagi setiap kawasan akan dibuat secara berperingkat sepanjang minggu depan.

“Jawatankuasa Pemilihan Calon DAP Sarawak bermesyuarat semalam (Isnin) di pejabat Timbalan Speaker bagi menentukan calon untuk setiap kerusi yang akan ditandingi DAP Sarawak pada pilihan raya akan datang.

“Kami telah menyelesaikan mesyuarat dan pencalonan bagi setiap kawasan akan diumumkan secara berperingkat sepanjang minggu depan,” katanya.

Chong berkata, DAP berharap dapat meningkatkan perwakilan parti itu di DUN Sarawak bagi memperkukuh mekanisme semak dan imbang.

“Kami berharap dapat mencapai keputusan lebih baik bagi memperkukuh semak dan imbang di DUN Sarawak,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Sarawak ke-12 pada 2021, DAP hanya memenangi dua daripada 26 kerusi yang ditandinginya, iaitu Padungan menerusi Chong dan Pending menerusi Violet Yong Wui Wui.

Parti itu turut kehilangan beberapa kerusi yang pernah dikuasainya sebelum ini, termasuk Kota Sentosa, yang pernah diwakili Chong sebelum beliau berpindah untuk bertanding di Padungan, selain Pelawan, Bukit Assek dan Tanjong Batu.

Di Pelawan, calon DAP, David Wong Kee Woan, tewas kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Michael Tiang Ming Tee, dengan majoriti 100 undi, manakala calon parti itu di Tanjong Batu tewas dengan perbezaan hanya 23 undi.

DAP turut kehilangan kerusi Batu Kawa kepada calon GPS, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan gagal merampas semula Pujut yang dimenangi Adam Yii Siew Sang.

Prestasi itu menunjukkan kemerosotan berbanding tujuh kerusi yang dimenangi DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2016.

BERITA LAIN

Sejuta rakyat Malaysia alami kemurungan – Fatimah

KUCHING: Kesejahteraan mental perlu diberi perhatian sebagai asas kepada pembentukan keluarga yang kukuh dan komuniti berdaya tahan, khususnya ketika masyarakat berdepan perubahan pesat teknologi serta

BERITA TERBARU

Sejuta rakyat Malaysia alami kemurungan – Fatimah

KUCHING: Kesejahteraan mental perlu diberi perhatian sebagai asas kepada pembentukan keluarga yang kukuh dan komuniti berdaya tahan, khususnya ketika masyarakat berdepan perubahan pesat teknologi serta