ARTIKEL

Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan (Gambar fail)

Bekas Presiden Pakistan Imran Khan guna Ai dakwa kemenangan dalam pilihan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang kini menjalani hukuman penjara, menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu pada Jumaat.

Dalam ucapan kemenangan yang dijana AI, Khan memuji orang ramai yang “keluar beramai-ramai untuk mengundi,” sambil menyatakan bahawa “gerak balas yang belum pernah terjadi sebelumnya” di negara itu membolehkan kemenangan besar parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pada pilihan raya umum 2024, lapor Agensi Anadolu.

“Kami sedang mendahului di lebih 170 kerusi Dewan Perwakilan,” kata Khan dalam mesej yang disiarkan dalam akaun X beliau.

Beliau mengkritik lawannya, pemimpin Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Nawaz Sharif yang membuat ucapan kemenangan walaupun ketika partinya ketinggalan berbanding PTI.

Khan yang dipenjarakan sejak Ogos lepas, menggesa orang ramai “meraikan dan mengadakan solat syukur.”

“Selepas dua tahun penindasan dan ketidakadilan,” Khan mendakwa bahawa PTI memenangi pilihan raya umum 2024 dengan “majoriti dua pertiga.”

Nawaz Sharif menggesa penubuhan “kerajaan perpaduan,” dengan meminta parti-parti lain menyertainya.

Berjuta-juta rakyat Pakistan mengundi pada Khamis untuk memilih parlimen baharu dan empat dewan wilayah.

Calon bebas yang disokong oleh parti PTI mendahului sementara menunggu keputusan penuh pilihan raya.

Parti bebas yang bergabung dengan PTI, memenangi sekurang-kurangnya 95 kerusi, diikuti oleh PML-N dengan 66 dan Parti Rakyat Pakistan kiri tengah dengan 51.

Keputusan akhir dijangka diketahui dalam tempoh beberapa jam.

— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan