ARTIKEL

Foto: Ghazali Bujang

Bekerja dalam satu pasukan padu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas Ketua Pegawai Operasi Suara Sarawak (SV) dan New Sarawak Tribune (NST), Mohamad Sardon Zainal menjadi antara individu penting dalam melakar kejayaan serta menjulang nama kedua-dua akhbar tempatan itu sehingga menjadi sebuah organisasi media unggul di Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune, Datuk Dr Jeniri Amir berkata, Mohamad Sardon banyak membantu melancarkan perjalanan operasi harian SV dan NST, sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

“Dalam konteks ini, saya rakamkan terima kasih kepada beliau yang telah banyak membantu memberi suntikan idea, nasihat dan pandangan kepada saya khususnya dari segi e-akhbar, portal dan cetakan.

“Hakikatnya SV dan NST telah melangkah jauh, melakukan transformasi yang drastik di bawah kepimpinan beliau di tengah-tengah kita berdepan cabaran dan ujian di sebalik landskap media dan politik.Beliau telah dapat menanganinya dengan baik dan kami telah bekerja sebagai satu pasukan yang padu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jasamu Dikenang kepada Mohamad Sardon di malam kelmarin dengan turut dihadiri Editor Eksekutif Suara Sarawak, Rohana Wahed.

Mohamad Sardon mula menyertai SV dan NST pada awal penubuhan khususnya SV pada Mac 2019, dan kini dilantik untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Media TVS.

Dalam pada itu, Jeniri turut menyifatkan Mohamad Sardon sebagai seorang yang peramah, sehingga membolehkannya menjadi rakan baik dan mempunyai hubungan mesra dengan semua kakitangan.

Justeru dengan menjadi Ketua Pegawai Media TVS, beliau yakin Mohamad Sardon akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan SV dan NST untuk terus menganjakkan kedua-dua kumpulan media berkenaan sebagai media unggul yang dapat memainkan peranan lebih efektif dan dipandang tinggi oleh rakyat Sarawak.

Sementara itu, Mohamad Sardon menyatakan rasa bersyukur apabila diberikan peluang menyumbang khidmat dalam menjulang khususnya SV sebagai media baharu di Sarawak.

Beliau menyifatkan dalam sepanjang tempoh empat tahun bersama kumpulan akhbar berkenaan, banyak pengalaman serta perkara baharu dalam dunia media telah dipelajarinya. “Saya bertuah ditemukan dengan Jeniri. Beliau telah menjadi cikgu saya, apabila begitu banyak yang saya pelajari daripadanya membuatkan saya sangat terhutang budi kepadanya, termasuk juga rakan-rakan (kakitangan) dalam SV dan NST,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan