ARTIKEL

Bekerja keras demi Repok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Saya tidak pandai berjanji untuk mendapatkan perhatian, tetapi boleh memberi jaminan akan berkerja keras untuk memastikan Repok terus membangun,” kata penyandang

kerusi Dun Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Menurut Huang, tiada yang lebih menggembirakannya selain dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada segenap lapisan rakyat di kawasan tersebut.

“Saya memang berhasrat menyemai bakti untuk masyarakat Sarikei khususnya di tempat kelahiran

saya sendiri.

“Tetapi cabaran saya ialah memastikan setiap apa yang diinginkan itu menjadi kenyataan. Saya akui itu bukan kerja mudah, namun saya percaya setiap halangan pasti ada jalan penyelesaiannya,” katanya pada temu bual khas bersama Suara Sarawak

Tegas Huang, sepanjang lima tahun mentadbir Repok, beliau bukan sahaja menyelami masalah

dan keperluan rakyat, tetapi juga cuba untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memastikan nasib penduduknya terbela.

“Bagi saya tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat sebenarnya tidak ada penamat. Namun saya

mahu memastikan setiap apa yang diinginkan itu menjadi kenyataan.

“Saya akui itu bukan kerja mudah, namun saya percaya setiap halangan pasti ada jalan penyelesaiannya.

“Sepanjang lima tahun, saya bukan sahaja menyelami masalah dan keperluan rakyat, tetapi juga

cuba untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memastikan nasib mereka terbela.

“Kemudian, fokus saya untuk terus membawa pembangunan diperlukan oleh rakyat. Saya tidak mahu ada dalam kalangan mereka yang terpinggir.

Usaha ini pastinya bukan mengambil masa sehari dua. Yang pasti, slogan saya – GPS tetap

terbaik!,” katanya dengan penuh semangat.

Ujar Huang, suatu dahulu Sarikei hanya pekan kecil namun hasil kesungguhan Kerajaan Gabungan

Parti Sarawak (GPS), Dun Repok berubah sedikit demi sedikit.

“Hari ini, Repok membangun pesat malah menjadi salah satu kawasan yang berpotensi sebagai pengeluar bakul makanan Sarawak.

“Kawasan ini juga memiliki tanah yang amat subur. Sebagai penyandang Adun di sini, saya ingin

Repok terus maju bukan sahaja daripada aspek prasarana tetapi juga sosial dan ekonomi penduduknya.

“Saya juga mahu lebih ramai anak muda Repok berjaya dalam bidang pendidikan,” katanya lagi.

Dibesarkan dalam keluarga miskin menjadi pendorong kepada penyandang kerusi Dun Repok itu

untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Justeru, anak jati Sarikei yang akan bertanding atas tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu memilih untuk berbakti tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa dengan menjadikan  isu pendidikan agenda utama jika beliau jika dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12.

Pada PRN-11, Huang berjaya merampas kerusi Repok daripada DAP di tangan pencabarnya Yong Siew Wei dan calon Bebas, Wong Chin King.

Sebanyak 70 peratus penduduk Repok merupakan orang Cina, manakala baki hampir 30 peratus penduduk Iban selebihnya masyarakat Melayu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU