ARTIKEL

Belajar bahasa lain tidak semestinya lupa bahasa Melayu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak tidak boleh mengehadkan diri daripada mempelajari bahasa lain jika bersaing dengan masyarakat dunia dalam semua aspek.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penduduk tempatan harus mengambil contoh sekumpulan pelajar Jepun yang sedang mempelajari bahasa Melayu.

“Bagi Jepun, sebuah negara yang sangat maju dalam pelbagai aspek, mereka tetap mahu mempelajari bahasa lain termasuk bahasa Melayu.

“Justeru, sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharusnya memperkecilkan bahasa sendiri, tetapi terus belajar dan bercakap dalam bahasa ini. Dalam masa yang sama mempelajari pelbagai bahasa lain untuk menambah ilmu pengetahuan,” katanya.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Kembara Anak Samurai ke Sarawak di Kampung Santubong, malam tadi.

Menurutnya, langkah Kerajaan Sarawak menggunakan pendekatan dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris adalah untuk memastikan rakyatnya terus berkembang sejajar perubahan zaman khususnya dari sudut penggunaan teknologi.

Tegasnya, beliau tidak melihat mempelajari bahasa lain termasuk bahasa Arab dan Cina sebagai satu masalah, asalkan tidak melupakan bahasa Melayu itu sendiri.

Wan Junaidi dalam pada itu amat mengalu-alukan kedatangan rombongan pelajar berkenaan ke kawasannya kerana ia secara tidak langsung mempromosikan Sarawak ke negara luar.

Terdahulu, program tersebut membawa seramai 13 orang pelajar dari Jabatan Bahasa Melayu Universiti Pengajian Bahasa Asing Tokyo (TUFS) datang ke negeri ini untuk melihat sendiri budaya warisan masyarakat Melayu.

Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti lawatan selama lima hari mereka di sini anjuran Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif New Sarawak Tribune dan Suara Sarawak, Dr Jeniri Amir.

Wan Junaidi merakam gambar kenangan bersama-sama 13 pelajar Jepun pada Program Kembara Anak Samurai ke Sarawak di Kampung Santubong, malam tadi. Turut kelihatan Dr Jeniri Amir.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha