ARTIKEL

Belakang Hilux terbakar mengejut di Batu 11

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux terbakar secara tiba-tiba di Taman Green Land, Batu 11 Jalan Kuching Serian petang hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kejadian menerusi MERS 999 sekitar jam 2.22 petang sebelum mengerahkan empat anggota BBP Siburan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan bomba dilokasi kejadian mendapati kenderaan terbabit telah terbakar 50 peratus di bahagian duduk belakang.

“Walaubagaimanapun, tindakan pantas orang awam di tempat kejadian berjaya memadam kebakaran berkenaan,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut turut dilakukan bagi memastikan api berjaya dipadam sepenuhnya serta keadaan dalam keadaan selamat.

Ujar beliau, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat