ARTIKEL

Belanjawan 2020: JBPM harap kelengkapan aset dan peralatan diberi perhatian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap peruntukan dalam Belanjawan 2020 kepada jabatan itu akan memberi keutamaan kepada usaha bagi melengkapkan aset serta peralatan di lebih 30 balai bomba yang akan siap dibina tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata selain aset seperti jentera, pembinaan balai-balai baharu itu pastinya memerlukan penambahan anggota.

“Jadi kita berharap kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya bagi memastikan keperluan ini dapat dipenuhi dan ditimbangkan sebaik mungkin kerana kita melihat kepada keperluan yang mendesak dari segi kecemasan yang semakin meningkat dari sehari ke sehari,” katanya kepada pemberita pada majlis pra-pelancaran Kuching Fire Fighter’s Run di sini, semalam.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Oktober ini.

Mohammad Hamdan berkata kesemua kelengkapan terbabit perlu bagi membolehkan operasi jabatan berkenaan berjalan lancar.

Mengenai larian anjuran JBPM negeri pada 15 Mac tahun hadapan yang bertempat di Majlis Bandaraya Kuching Selatan itu, beliau berkata ia terbuka kepada orang ramai dengan objektif merapatkan hubungan orang awam dan jabatan berkenaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha