ARTIKEL

Belanjawan 2025: RM550 juta diperuntuk rancakkan aktiviti pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kerajaan memperuntukkan hampir RM550 juta bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan menerusi Belanjawan 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata persiapan rapi dilakukan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Ini termasuk sejumlah RM110 juta disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO (Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata, ia antaranya melibatkan penambahbaikan kemudahan yang akan dilaksanakan di Taman Negara Endau Rompin, Johor; Pulau Redang, Terengganu; dan Pantai Tusan Bekenu, Sarawak.

Menurutnya kerjasama ekopelancongan dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNDP) dan Habitat Foundation turut dijalin menerusi peruntukan itu.

Anwar berkata bagi memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif, Khazanah Nasional Berhad menyediakan sebanyak RM600 juta untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara.

“Ini termasuk membina jambatan bertingkat yang menghubungkan Taman Botani Perdana dengan Carcosa Seri Negara,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,