ARTIKEL

PRESIDEN SESA...Afiq Fadhli Narawi.

Belanjawan 2025: SESA sambut baik pengumuman kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA), Afiq Fadhli Narawi menyambut baik penyediaan dana sebanyak RM20 juta daripada kerajaan bagi memperkukuh pembangunan bakat dan menaik taraf arena e-sukan di negara ini.

Menurut Afiq, ia sememangnya langkah yang tepat untuk memperkasakan lagi ekosistem e-sukan di Malaysia.

“Ini akan membuka peluang yang lebih luas untuk pembangunan bakat di peringkat akar umbi, menyediakan infrastruktur yang lebih baik, serta meningkatkan daya saing pasukan tempatan di pentas antarabangsa.

“Di Sarawak, kami juga berusaha keras untuk membangunkan ekosistem e-sukan di peringkat negeri, dan dengan sokongan serta kolaborasi yang lebih erat antara pihak kerajaan, sektor swasta serta komuniti e-sukan. Kami percaya Sarawak boleh menjadi salah satu pusat e-sukan utama di Malaysia,” ujar Afiq menerusi kenyataan dikeluarkannya ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tegas Afiq, peruntukan seperti ini pastinya membantu negeri lain termasuk Sarawak, dalam mempercepat pembangunan industri e-sukan.

“Kami berharap lebih ramai belia Sarawak akan mengambil inspirasi daripada kejayaan ini untuk terlibat aktif dalam e-sukan, dan pihak kami (SESA) komited untuk terus membangunkan bakat-bakat tempatan melalui program yang lebih komprehensif, termasuk pertandingan, bengkel, dan inisiatif kerjasama dengan pelbagai pihak,” tambah beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU