ARTIKEL

Najib Razak mengaku menyesal tentang kerugian dihadapi SRC International

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau mempunyai penyesalan tertentu terhadap kerugian yang dihadapi SRC International Sdn Bhd.

Najib, sebagai defendan pertama berkata demikian ketika disoal peguam SRC International Kwan Will Sen, dalam saman sivil SRC International bernilai AS$1.18 bilion terhadap beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil, yang kini bebas.

Kwan: Dengan sabitan jenayah anda (dalam SRC International) dan semua perkara yang berlaku dalam SRC International, adakah anda mempunyai sebarang penyesalan, Datuk Seri? 

Najib: Saya ada penyesalan tertentu, tetapi pada masa itu, saya tidak mempunyai pengetahuan atau maklumat.

Berhubung soalan lain berkaitan wang yang masuk ke dalam akaun peribadi beliau daripada SRC International dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Najib mengekalkan keterangannya bahawa beliau tidak tahu tentang perkara itu.

Kwan: Saya juga mencadangkan kepada anda, sebagai seseorang dengan kuasa besar, anda juga akan bersetuju bahawa terdapat akauntabiliti dan tanggungjawab yang lebih besar di pihak anda untuk bertindak mengikut undang-undang dan tidak menggunakan atau mengambil manfaat peribadi daripada wang KWAP atau SRC International. Anda bersetuju atau tidak?

Najib: Saya tiada pengetahuan mengenai aliran dana sama sekali, tetapi saya bersetuju dengan kenyataan bahawa, sebagai Menteri Kewangan, saya berada dalam kedudukan akauntabiliti, perkara itu saya setuju.

Pada Mei 2021, di bawah pengurusan baharu, SRC memfailkan saman itu, mendakwa Najib melakukan pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa serta memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat selain menyeleweng dana berkenaan.

SRC International sebelum ini menggugurkan lima pengarah syarikat itu daripada saman terbabit dan mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka.

Syarikat itu memohon deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian yang dialami syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanah beliau serta menuntut bekas Perdana Menteri itu membayar pampasan RM42 bilion bagi kerugian terbabit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung pada 21 Okt.
Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha