ARTIKEL

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Hafizan Mohamad Naim

Belanjawan Sarawak 2027 fasa penting bentuk naratif PRN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tempoh selepas pembentangan Belanjawan Sarawak 2027 akan menjadi fasa penting dalam pembentukan naratif pilihan raya sekiranya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berlaku dua minggu selepas persidangan diadakan.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Hafizan Mohamad Naim berkata, Belanjawan Sarawak 2027 berpotensi menjadi dokumen politik dan dasar yang mencerminkan keutamaan terakhir kerajaan sebelum mandat baharu diminta daripada rakyat.

“Kemungkinan pembubaran DUN dalam tempoh yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah baru-baru ini akan menjadikan Belanjawan Sarawak 2027 sebagai tumpuan menjelang pilihan raya negeri akan datang.

“Dalam konteks itu juga, sejauh manakah keutamaan yang diumumkan menerusi belanjawan berkenaan akan menjawab isu yang dekat dengan pengundi kelak,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Tambahnya, sudah tentu tumpuan rakyat adalah untuk melihat pilihan raya akan datang membawa harapan baharu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu perkembangan itu sememangnya menandakan Sarawak semakin menghampiri fasa prapilihan raya.

Terdahulu, Abdul Karim menyatakan DUN Sarawak berpotensi dibubarkan dalam tempoh dua minggu selepas pembentangan belanjawan negeri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha