ARTIKEL

Datuk Peter Minos

Belanjawan Sarawak 2027 perlu utamakan rakyat, pembangunan dan masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Belanjawan Sarawak 2027 perlu bermula dengan perkara yang paling dekat dengan kehidupan rakyat iaitu kos sara hidup, kemiskinan dan jurang pembangunan sebelum bergerak kepada agenda lebih besar membina ekonomi serta masa depan negeri.

Penganalisis dan pemerhati politik Sarawak, Datuk Peter Minos berkata dalam keadaan kos sara hidup terus menjadi beban, apa sahaja langkah yang dapat meringankan tekanan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, perlu diberikan perhatian.

Beliau mencadangkan kerajaan negeri mempertimbangkan subsidi 50 peratus bagi lima barangan asas iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan susu kanak-kanak.

“Dalam keadaan sukar seperti ini, apa sahaja bantuan sama ada dalam bentuk tunai atau barangan pasti dihargai rakyat, khususnya golongan miskin,” katanya kepada Suara Sarawak ketika diminta mengulas jangkaan terhadap Belanjawan Sarawak 2027, hari ini.

Pada masa sama, Minos memberitahu agenda kedua yang perlu diberi keutamaan ialah pembasmian kemiskinan dan pembangunan luar bandar supaya pertumbuhan pesat Sarawak tidak hanya dinikmati kawasan bandar.

“Kita mahu rakyat Sarawak bangkit bersama-sama dan pastinya tidak mahu masyarakat luar bandar ketinggalan dalam Sarawak yang sedang berkembang pesat,” tambahnya.

Menurutnya lagi, pembangunan infrastruktur juga perlu terus menjadi keutamaan kerana ia menjadi asas kepada perkembangan ekonomi dan sosial, selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat.

Katanya, Sarawak memerlukan lebih banyak projek pembangunan ekonomi yang mampu mencipta kemakmuran, pekerjaan dan pendapatan.

“Premier kita sangat baik dalam kejuruteraan kewangan dan akan mendapatkan dana bagi membiayai apa yang diperlukan Sarawak. Kita sudah melihat hasilnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Minos berkata pendidikan dan pembangunan modal insan perlu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang tidak boleh diketepikan.

Katanya, pendidikan tinggi percuma merupakan langkah penting untuk melahirkan lebih ramai anak Sarawak berilmu, berkemahiran dan mempunyai kepakaran bagi memenuhi keperluan industri baharu.

“Industri baharu dan pembangunan baharu memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran serta kepakaran tinggi,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, Belanjawan 2027 juga perlu terus menyediakan ruang untuk menarik dan membangunkan industri baharu kerana sektor berkenaan penting untuk mewujudkan pekerjaan berkualiti serta sumber pendapatan baharu kepada rakyat.

Selain itu, katanya, kebajikan penjawat awam dan agensi kerajaan sebagai jentera pelaksana pembangunan turut perlu diambil kira supaya dasar dan projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Minos, keseluruhan pendekatan belanjawan akhirnya perlu menjurus kepada satu matlamat, menjadikan Sarawak negeri yang unggul dalam pembangunan ekonomi, perpaduan, keharmonian kaum serta penciptaan idea dan perkara baharu.

“Kita mahu melakukan perkara yang membawa rasa hormat kepada Sarawak sehingga semua rakyat Malaysia mengagumi negeri ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan