ARTIKEL

Belia digalak aktif dalam NGO – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Golongan belia diseru tidak sekadar menjadi pemerhati, sebaliknya tampil sebagai penggerak utama dalam pembangunan masyarakat menerusi penyertaan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, NGO bukan hanya untuk generasi lama atau berfungsi sebagai platform formal semata-mata, sebaliknya merupakan ruang dinamik yang memberi peluang kepada anak muda menyumbang idea, membina jaringan dan memainkan peranan langsung membentuk masa depan komuniti.

“Penyertaan belia dalam NGO mampu melatih kepimpinan, memupuk semangat sukarelawan serta memperluas kefahaman terhadap isu-isu sosial dan kepelbagaian budaya. Suara belia amat diperlukan, terutamanya dalam menghadapi cabaran global masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Hari Keluarga Persatuan Hin Hua Bintulu yang diadakan di Dewan Serbaguna, The Peak Condominium, Paragon Bintulu pada Ahad.

Pang merakam gambar bersama jawatankuasa dan ahli Persatuan Hin Hua Bintulu.

Belia boleh menyumbang kepakaran dalam bidang teknologi, inovasi, media sosial dan pengurusan, sekali gus menjadikan NGO lebih relevan dan berkesan.

Johnny Pang berharap agar NGO-NGO tempatan lebih terbuka dan inklusif terhadap pelibatan golongan muda, sekali gus menjadi jambatan antara pengalaman generasi lama dan idealisme belia masa kini.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sempena program berkenaan, termasuk pertandingan melukis dan permainan catur Cina bagi memeriahkan suasana penganjuran program tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha