ARTIKEL

Belia disaran diberi cuti tujuh hari untuk hadir program kebeliaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Golongan belia yang bekerja di agensi kerajaan atau syarikat swasta di dalam negara wajar diberi peruntukan cuti tujuh hari supaya dapat menghadiri program dan kursus kebeliaan terutama yang bersifat kenegaraan, patriotisme dan perpaduan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ini disebabkan kurang galakan kepada golongan belia masa kini untuk menghadiri program, berbanding pada masa dahulu apabila golongan itu mudah mendapat peruntukan cuti.

“Sebab itu kalau kita lihat dahulu program belia diberi ruang cuti oleh kerajaan tetapi hari ini makin kurang. Begitu juga kesusahan belia untuk mencari peruntukan kewangan.

“Jadi kalau boleh kita kembalikan seperti cuti tujuh hari kepada belia yang bekerja dengan kerajaan atau swasta tanpa potong gaji supaya dapat menghadiri aktiviti belia terutama berkaitan program kenegaraan, patriotik dan dapat menyemarakkan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Malam Deklamasi Puisi Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2020 malam ini.

Terdahulu, Zahidi dalam ucapan perasmiannya berkata banyak pengorbanan dan sumbangan daripada golongan belia kepada negara terutamanya ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

“Apabila kita lihat golongan belia ini, kerajaan boleh bergantung harap, contoh apabila COVID-19, maka ramai belia (berada) di barisan hadapan. Bukan sahaja (pasukan) polis, tentera kesihatan dan barisan media, tetapi juga golongan belia,” katanya.

Program itu menyaksikan persembahan deklamasi oleh 14 pemuisi daripada ahli MAYC di seluruh negara. Turut hadir ialah sasterawan negara Prof Dr Lim Swee Tin yang turut mempersembahkan puisi beliau.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan