ARTIKEL

Belia Pakan digesa perkukuh organisasi komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Datuk Larry Sng Wei Shien menegaskan kepentingan pengukuhan organisasi dalam kalangan belia sebagai asas kepada pembangunan komuniti yang lebih tersusun dan progresif.

Menurut beliau, setiap individu perlu memahami peranan organisasi dalam persatuan, kelab, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta biro wanita bagi memastikan pengurusan berjalan lancar dan berkesan.

“Melalui organisasi yang kukuh, kita dapat mengemukakan permintaan bantuan daripada kerajaan atau agensi lain dengan lebih teratur dan berimpak,” katanya.

Tambah beliau, aspek pentadbiran juga perlu diberi perhatian, khususnya dalam mengurus kampung, kelab dan persatuan agar setiap perancangan dapat dilaksanakan secara sistematik.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Bengkel Pengukuhan Pertubuhan Belia Daerah Pakan, anjuran Kelab Belia Pekan Pakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Sarikei serta ditaja oleh Yayasan Hasanah dan disokong oleh APPGM-SDG.

Program berkenaan dilihat sebagai platform penting dalam memperkasa belia luar bandar agar lebih berdaya saing dan berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat setempat.

Mengulas lanjut, beliau mengakui bahawa bilangan dan kekuatan kelab serta persatuan di kawasan Parlimen Julau masih belum mencapai tahap yang membanggakan.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pelajar dan golongan belia agar tampil ke hadapan membentuk lebih banyak persatuan dan kelab sebagai platform menggerakkan aktiviti berfaedah serta mencetuskan idea positif dalam komuniti.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Kelab Belia Pakan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti mereka.

“Saya akan sentiasa mendengar keperluan rakyat dan belia serta berusaha sedaya upaya untuk membantu,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Ahli Parlimen Julau menyediakan dana menerusi Tabung Pendidikan Larry Sng (LSEF) bagi membantu penduduk Julau melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Jelasnya, bantuan tersebut merangkumi pengajian di universiti atau institusi pengajian tinggi bagi peringkat Diploma dan Ijazah, selain turut boleh dipohon untuk pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan