ARTIKEL

Belia perlu bijak kawal emosi dalam membuat keputusan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Golongan belia di Mukah diharap tidak terlalu mengikut emosi dalam membuat tindakan dan keputusan, tegas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, dalam setiap proses pembangunan, ia perlu dilihat dengan lebih mendalam.

Justeru jelasnya, ia menjadi kewajipan Kementerian Belia dan Sukan untuk sentiasa turun padang dan berdiskusi dengan belia.

“Kalau kita hendak melihat bagaimana keadaan sesebuah negara pada masa akan datang, kita lihat bagaimana keadaan belia pada hari ini.

“Jika kini belia ramai yang terjerumus dalam masalah sosial dan masalah dadah, begitulah juga keadaan pada masa akan datang,” katanya ketika berucap dalam Program Jelajah Belia 2021 di Maktab Rendah Sains Mara Mukah, hari ini.

Tambahnya, ia menjadi tanggungjawab kerajaan, ibu bapa serta badan bukan kerajaan (NGO) termasuk ketua pemimpin masyarakat untuk sentiasa mendampingi belia.

“Penting juga bagi kita untuk mengangkat belia ini menjadi insan yang lebih baik suatu hari nanti agar dapat menyambung kepimpinan negara pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Dalam progam Jelajah Belia Sarawak di Mukah berkenaan, ia merupakan program yang ke-20 diadakan di Sarawak pada tahun ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,