ARTIKEL

Belia Sarawak matang tangani isu semasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Belia Sarawak disifatkan matang dalam menangani isu semasa yang melangkaui kepentingan peribadi, sekali gus membuktikan keupayaan mereka menjadi penanda aras kepada generasi muda di negara ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, berkata perkara itu diterjemahkan menerusi pencapaian cemerlang Indeks Belia Malaysia yang menunjukkan Sarawak merekodkan skor 72 peratus dalam aspek kesihatan mental dan kesejahteraan.

“Ini adalah petanda yang sangat baik. Skor tinggi ini membuktikan belia Sarawak mempunyai ekosistem yang mantap dan mampu menyokong diri mereka untuk terus berbakti kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Jumpa Orang Muda di Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, di sini, hari ini.

Adam menegaskan kerajaan kini memberi tumpuan kepada kualiti pengalaman serta interaksi anak muda, bukan sekadar kuantiti penyertaan semata-mata.

Menurutnya, pendekatan itu diyakini mampu melahirkan pemimpin muda yang benar-benar memahami realiti kehidupan di peringkat akar umbi.

“Pendekatan berasaskan pengalaman nyata lebih berkesan berbanding sesi dialog singkat. Ia membolehkan belia bukan sahaja berdialog dengan pemimpin, malah merasai sendiri kehidupan masyarakat,” ujarnya.

Program Jumpa Orang Muda yang berkonsepkan tinggal bersama keluarga angkat itu turut melibatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia Sarawak, kerajaan negeri serta komuniti setempat.

Kapsyen: Adam Adli, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan tetamu jemputan lain bersama warga belia pada Program Jumpa Orang Muda di Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU