DEBAK: Pelbagai acara sukan dipertandingkan bersempena program BeliaGobiz@Debak 2025 yang dijadual berlangsung di padang Pusat Sukan Riveria, Debak, Betong bermula dari 22 hingga 24 Ogos ini.
Acara sukan terbabit ialah pertandingan gasing duo tertutup Debak, sepakan penalti, tarik tali serta sukaneka.
Acara sukan tradisional iaitu gasing duo tertutup Debak dijadualkan pada 22 dan 23 Ogos, manakala beberapa acara sukan lain berlangsung pada 23 Ogos.
Pastinya gelagat peserta pelbagai peringkat umur yang terlibat dalam setiap acara mampu mencuri tumpuan pengunjung yang turut membanjiri persekitaran gelanggang terbabit.
Dalam pada itu, acara sampingan lain yang turut dianjur ialah pertandingan karaoke terbuka yang berlangsung pada 22 dan 23 Ogos, pada sebelah malam.






