ARTIKEL

Bella Astilah sebak dengar ucapan Ayden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ungkapan ringkas tetapi penuh makna daripada Mohamad Ayden Adrean, 9 tahun, itu menjadi antara kata-kata paling menyentuh hati pada majlis resepsi perkahwinan ibunya, Bella Astillah, dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perasaan itu diluahkan menerusi ucapan istimewa Ayden bersama-sama adiknya, Ara, pada majlis resepsi pasangan berkenaan yang berlangsung di Pusat

Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, malam Ahad.

Ucapan penuh emosi itu bukan sahaja menyentuh hati tetamu yang hadir, malah turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya apabila Ayden meluahkan rasa syukur kerana melihat ibunya kembali bahagia selepas kehadiran Syed Saddiq sebagai gura bapa dalam kehidupannya.

Dalam ucapannya, Ayden berkongsi kenangan ketika melihat Bella menangis sebelum Syed Saddiq hadir dalam kehidupan mereka.

“Daddy, sebelum awak datang dalam hidup kami, ada ketikanya saya melihat Mummy menangis.

“Waktu itu, saya masih kecil dan kadangkala saya tidak begitu memahami perkara yang sedang berlaku.

Saya cuma tahu Mummy sedang bersedih.

“Sebagai anaknya, satusatunya perkara yang saya mahukan ialah melihat ibu tersenyum semula,” katanya.

Ayden kemudian menceritakan bagaimana kehadiran Syed Saddiq sedikit demi sedikit mengembalikan keceriaan dalam kehidupan ibunya, sekali gus menyebabkan dia dan adiknya, Ara, berasa diterima sebagai sebahagian daripada keluarga.

“Daddy menerima kami.

Daddy tidak pernah membuat kami rasa seperti kami ini hanya anak-anak Mummy.

Daddy membuat kami sebahagian daripada keluarga Daddy .

“Terima kasih kerana memilih Mummy. Terima kasih kerana menyayanginya,” katanya.

Lebih menyentuh perasaan, Ayden turut menyampaikan kata-kata penghargaan kepada Bella yang sentiasa menjaga mereka meskipun terpaksa melakukan pelbagai pengorbanan sebagai seorang ibu.

Dia turut mendoakan agar perkahwinan pasangan itu sentiasa diberkati Allah, selain keluarga mereka dilindungi dan hubungan kasih sayang sesama mereka terus diperkukuh.

Bella tidak dapat menahan sebak ketika mendengar luahan anak sulungnya itu, sekali gus menggambarkan betapa bermaknanya kebahagiaan seorang ibu kepada anak-anaknya.

Sementara itu, perkahwinan Bella yang merupakan penyanyi dan pelakon terkenal dengan Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar, pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, menarik perhatian ramai sehingga digelar sebagai Wedding of the Year atau Perkahwinan Tahun Ini.

Selain penyatuan dua gura popular daripada dunia hiburan dan politik itu, hantaran istimewa berupa emas yang dibentuk menyerupai Gunung Kinabalu, pakej umrah, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM100,000 serta basikal lumba turut menjadi bualan.

Konsep Kenduri Rakyat yang merangkumi aktiviti rewang dan sumbangan bahan keperluan asas di Kuala Lumpur, Muar dan Kota Kinabalu pula menyerlahkan unsur kemasyarakatan dalam sambutan berkenaan.

Majlis resepsi Bella dan Syed Saddiq berlangsung meriah dengan kehadiran kirakira 3,000 tetamu, termasuk rakan selebriti, pemimpin negara dan barisan menteri.

Pasangan itu tampil dalam busana tradisional Melayu berwarna merah sebelum Syed Saddiq mengenakan sut hitam, manakala Bella menggayakan gaun putih labuh.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Didi Astillah serta vokalis kumpulan Nidji, Muhammad Yusuf Nur Ubay, yang dikenali sebagai Ubay.

BERITA LAIN

Lagu SAL PRIADI raih pencalonan

PENYANYI dan penulis lagu Indonesia, Sal Priadi, menarik perhatian apabila lagu tema  lem Monster Pabrik Rambut berjudul Kepala, Pundak, Kerja Lagi menerima pencalonan dalam

Bella gementar nyanyi lagu baharu depan suami

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberi kejutan kepada suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan mendendangkan lagu gubahan khas pada resepsi perkahwinan mereka

BERITA TERBARU

Debar menunggu DUN Sarawak bubar

SPEKULASI bila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan semakin hangat diperkatakan. Ada yang menyebut akan berlaku pada minggu ini atau minggu depan. Tidak kurang

Memahami tuntutan jilbab Muslimah

Judul Buku: Jilbab Wanita Muslimah Penulis: Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani Tahun Terbit: 2011 Jumlah Muka Surat: 212  J ilbab Muslimah Menurut Qur’an dan Sunnah ialah buku