ARTIKEL

Memahami tuntutan jilbab Muslimah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Judul Buku: Jilbab Wanita Muslimah

Penulis: Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani

Tahun Terbit: 2011

Jumlah Muka Surat: 212 

J ilbab Muslimah Menurut Qur’an dan Sunnah ialah buku yang ditulis oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Buku setebal 212 halaman itu diterjemahkan oleh dua individu, iaitu Hawin Mustadha dan Abu Sayyid Sayyaf.

Menurut pengantar penerbit, buku ini cuba mengupas fenomena busana dengan pelbagai fesyen, corak dan ragam yang kini hampir menular ke seluruh dunia.

Bukan sahaja kota metropolitan yang dilanda “demam fesyen”, malah desa terpencil yang terletak jauh di lembah gersang juga tidak terlepas daripada pengaruh fesyen.

Bagi umat Islam yang masih memiliki hati nurani yang bersih, fenomena itu jelas mewujudkan suasana yang meresahkan serta menimbulkan nuansa jahiliah.

Satu perkara yang amat dikesalkan ialah penggemar fesyen, yang juga merupakan golongan pengguna terbesarnya, rata-ratanya terdiri daripada wanita Muslim.

Buku ini turut menceritakan bahawa di tengah-tengah kesibukan wanita jahiliah dengan pelbagai fesyen pakaian yang menarik perhatian, serta ketika nilai-nilai luhur dalam berpakaian semakin terhakis, masih terdapat sekumpulan wanita solehah yang tampil anggun, sopan dan menawan dengan mengenakan pakaian kebanggaan mereka, iaitu jilbab wanita Muslimah.

Keteguhan wanita Muslimah mempertahankan pemakaian jilbab di tengah-tengah masyarakat yang mengamalkan cara berpakaian jahiliah merupakan bukti nyata akan kebenaran pendirian mereka.

Bukan itu sahaja, buku ini turut berusaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengenakan busana Muslimah dan meninggalkan busana jahiliah.

Kesedaran tersebut semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Perkara yang menggembirakan ialah kesedaran untuk berpakaian mengikut tuntutan Islam telah meresap ke dalam kalangan intelektual.

Pada asalnya, kewajipan mengenakan busana Muslimah diperintahkan kepada wanita yang dihormati bagi membezakan mereka daripada golongan wanita lain yang lebih muda.

Bagaimanapun, kini pemakaian tersebut dianggap sebagai satu kewajipan bagi seluruh wanita Muslimah demi memelihara kehormatan dan maruah agama.

Seiring dengan keinginan untuk mengetahui ciri-ciri busana Muslimah yang benarbenar memenuhi tuntutan syariat, pelbagai lapisan masyarakat mula mencari buku panduan yang boleh dijadikan pedoman dan rujukan yang kukuh.

Justeru, setelah membaca karya Syaikh al-Albani, pembaca diharapkan dapat memperoleh panduan untuk memenuhi tuntutan tersebut.

Hal ini terbukti melalui sambutan yang menggalakkan terhadap buku berkenaan.

Sesungguhnya, karya Syaikh al-Albani yang diterjemahkan dengan judul Jilbab Muslimah Menurut Qur’an dan Sunnah memberikan gambaran yang luas dan terperinci tentang perkara yang dibincangkan.

Dalam pada itu, tidak banyak buku terjemahan seumpamanya yang membahaskan persoalan busana Muslimah.

Kalaupun ada, belum tentu penulisnya merupakan seorang pakar dalam bidang tersebut.

Oleh itu, pemilihan karya beliau oleh para pembaca merupakan satu langkah yang tepat kerana kredibiliti beliau dapat dipertanggungjawabkan.

Penerbit berharap agar penerbitan terjemahan ini dapat menambahkan pengetahuan pembaca tentang busana wanita Muslimah yang benar-benar bersesuaian dengan al-Quran dan sunnah.

Seterusnya, buku ini diharapkan dapat dijadikan rujukan dalam menimba ilmu dan melaksanakan amalan seharian.

Dengan semakin meluasnya amalan berpakaian mengikut tuntutan Islam, diharapkan nilai-nilai murni dalam tatacara berpakaian turut dapat diperkukuh.

Pada masa sama, pemakaian busana Muslimah diharapkan mampu menghindarkan wanita daripada fittnah syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan.

Selamat mengkaji, mendalami dan mengamalkan ilmu yang terkandung dalam buku ini.

Semoga amalan para pembaca mendapat ganjaran pahala yang sebesar-besarnya.

Dalam edisi cetak ulang ini, pembetulan dan penambahbaikan telah dilakukan dengan harapan agar pembaca dapat memahami kandungannya dengan lebih mudah, seterusnya mengamalkannya mengikut petunjuk yang diberikan.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan pengetahuan, mendorong pengamalan ilmu dan menggalakkan penyebarannya kepada masyarakat.

Buku ini mengandungi beberapa bahagian yang boleh dijadikan rujukan oleh pembaca. Antaranya termasuklah Syarat Pertama, Syarat Kedua, Syarat Ketiga, Syarat Keempat, Syarat Kelima, Syarat Keenam, Syarat Ketujuh dan Syarat Kelapan.

Kandungan setiap bahagian buku ini diharapkan dapat memberikan inspirasi serta mencetuskan idea yang bermakna kepada para pembaca.

Malah, buku ini juga berpotensi dijadikan pedoman yang kukuh dalam memahami dan mengamalkan tuntutan berpakaian menurut Islam.

BERITA LAIN

Antologi 70 puisi penuh makna

BICARA Syair ialah sebuah antologi puisi yang mengumpul barisan penyair berkat dari era 2010. Menurut penulis buku ini, iaitu Ibnu Din Assingkiri, tujuannya adalah untuk

Berdamai dengan luka kehidupan

Tajuk: Catatan Hidup Seorang Perempuan yang Hampir Berputus Asa Penulis: Arlina Arshad Penerbit: IMAN Publication Jumlah halaman: 178 muka surat Catatan Hidup Seorang Perempuan yang

BERITA TERBARU

Debar menunggu DUN Sarawak bubar

SPEKULASI bila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan semakin hangat diperkatakan. Ada yang menyebut akan berlaku pada minggu ini atau minggu depan. Tidak kurang

BELLA ASTILAH sebak dengar ucapan AYDEN

Ungkapan ringkas tetapi penuh makna daripada Mohamad Ayden Adrean, 9 tahun, itu menjadi antara kata-kata paling menyentuh hati pada majlis resepsi perkahwinan ibunya, Bella Astillah,