ARTIKEL

BELLA memberi petunjuk baharu kemungkinan mangsa masih tersangkut di dasar sungai.

Bella kesan lokasi terakhir Konstabel Iskandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Unit Anjing Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bernama Bella telah berjaya mengesan kedudukan Konstabel Iskandar Ibrahim, mangsa terakhir tragedi bot karam Batang Baleh pada operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke-8, lewat petang hari ini.

Untuk rekod, Iskandar bersama-sama empat yang yang lain terlibat dalam tragedi bot karam di Sungai Batang Baleh berhampiran SK Lepong Baleh di Kapit pada Khamis minggu lepas.

Seorang berjaya diselamatkan manakala tiga yang lain ditemui meninggal dunia dan sehingga berita ini ditulis, cuma Iskandar belum dijumpai.

Ketua JBPM Zon 4 Sibu PgKB 1 Andy Alie berkata, Bella mengesan tanda-tanda penemuan sesuatu di lokasi tragedi tersebut.

Dengan adanya petunjuk baharu itu, beliau percaya mangsa kemungkinan masih tersangkut di dasar sungai.

“Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah diarahkan untuk menyertai operasi esok (Jumaat),” katanya semasa dihubungi lewat malam ini sebentar tadi.

Andy berkata, bagaimanapun penilaian keadaan sungai tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengarah pasukan untuk menyelam.

Baca lain  Sedia untuk dikuat kuasa

Bagi tindakan seterusnya, beliau berkata, pihaknya akan memohon bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kapit untuk membuat tinjauan kedalaman dan profil sungai di Batang Baleh terlebih dahulu.

“Sebelum selaman dibuat, kami terlebih dahulu akan mempertimbangkan untuk melakukan selaman ataupun sebaliknya bergantung kepada situasi dan faktor keselamatan.

“Kami juga difahamkan JPS Kapit bersetuju untuk menyediakan dua pasukan teknikalnya untuk melaksanakan kerja-kerja tinjauan di lokasi kejadian,”tambahnya.

Operasi SAR di hari ke-8 pada Khamis disertai seramai 34 anggota yang terdiri daripada pelbagai agensi.

Bagaimanapun, operasi itu masih belum menemui tanda-tanda keberadaan mangsa.

Operasi SAR ditangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula pada pagi Jumaat.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh