ARTIKEL

Bella sokong SYED SADDIQ DI POWERMAN 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEHADIRAN selebriti Bella Astillah dalam acara Powerman Malaysia 2025 yang diadakan di Dataran Putrajaya, barubaru ini, menimbulkan persoalan baharu berkaitan status hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, bukan sahaja hadir sebagai penonton biasa, malah jelas kelihatan memainkan peranan sebagai ‘penyokong nombor satu’ buat Saddiq, yang bertanding dalam acara perlumbaan dua sukan (duathlon) paling berprestij itu.

Lebih mencuri perhatian orang ramai, Bella memuat naik beberapa keping gambar di media sosial bersama kapsyen penuh makna yang menyentuh emosi ramai.

Dalam tulisannya, beliau memuji semangat dan dedikasi luar biasa Saddiq, menyifatkannya sebagai “seseorang yang mungkin sendiri tidak sedar betapa hebatnya dia”.

Itu kata-kata yang dianggap orang ramai bukan sekadar sokongan biasa.

Tidak lama selepas itu, Saddiq, 32, membalas ucapan Bella dengan penuh emosi, mengungkapkan rasa terhutang budi dan menggambarkan Bella sebagai seorang insan yang terlalu baik. “Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya.

Awak terlalu baik. Terhutang budi, banyak sangat dah,” tulisnya di ruangan komen sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dan reaksi daripada orang ramai.

Hantaran tersebut dibanjiri ruangan komen dengan permintaan bersahaja tetapi ‘padu’, menyarankan agar Saddiq segera ‘menyunting’ Bella.

Ada juga yang mula ‘menghantar doa’ agar hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.

Pasangan tersebut sebelum ini pernah dikaitkan bersama, namun kedua-duanya menegaskan mereka hanya berkawan.

Namun, dengan perkembangan terbaharu ini. Adakah ‘kawan’ sudah bertukar status? 

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan